Tuesday, April 12, 2011

Berikut adalah senarai akta yang digubal oleh Parlimen Malaysia.

Rusuhan

Perniagaan

Alam Sekitar

Dadah

Pekerja
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Rasuah

Penderaan Kanak-kanak

Nilai-Nilai Pendidikan Moral


1.1   Kepercayaan kepada tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala seruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


1.7   Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.2        Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


1.8   Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara


1.3   Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


1.9   Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.4   Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna


1.10   Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.5   Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian


1.11   Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

1.6   Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar, mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup


1.12   Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

2.1   Kasih sayang terhadap keluarga

Perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.3   Mengekalkan tradisi kekeluargaan

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga

2.2   Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni


2.4   Tanggungjawab terhadap keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah

3.1   Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.3   Kemapanan alam sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


3.2   Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara


3.4   Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaiatan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

4.1   Cinta akan negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.3   Sanggup berkorban untuk negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara


4.2   Taat setia pada raja dan negara

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara



5.1   Melindungi hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

5.4   Menghormati hak golongan kurang berupaya

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.2   Menghormati hak wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara


5.5   Melindungi hak pengguna

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.3   Melindungi hak pekerja

Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara


6.1   Mematuhi peraturan dan undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada


6.4   Penglibatan diri dalam pembangunan negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


6.2   Kebebasan bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman


6.5   Sikap keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


6.3   Kebebasan beragama

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia



7.1   Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya


7.3   Saling menghormati antara negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

7.2   Saling membantu dan bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat


Kerja Amal : Menceriakan Bilik P&P







Meraikan Hari Guru...

Kejutan sambutan hari guru yang membuatkan guru rasa amat terharu...
Kenangan yang terindah ini amat dihargai kerana ia amat menyentuh hati...
Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sememangnya bermoral...




Lawatan Sambil Belajar

Ke KL menggunakan perkhidmatan penerbangan Firefly...


Menaiki LRT...

Di KLCC...


Wednesday, April 6, 2011

SPM 2010...

Tahniah kepada semua pelajar Pendidikan Moral SPM 2010 yang telah memperolehi keputusan cemerlang!!!
Keseluruhannya SPM 2010, 100% LULUS....

TAHNIAH!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...